Akhirnya, Malaysia mengajak masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui
"KEMPEN NAK SIHAT"
Kempen Nak
Sihat merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membudayakan cara hidup sihat menerusi aktiviti fizikal dalam kalangan
masyarakat Malaysia khususnya golongan belia.
Ia menggunakan pendekatan
menggembling penyertaan belia secara besar-besaran dalam aktiviti fizikal dan
menguar-uarkan melalui media perdana untuk memberi kesedaran dan meningkatkan
minat belia untuk hidup aktif.
Objektif
Kempen Nak Sihat:
- Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti belia tentang kepentingan melakukan aktiviti fizikal.
- Memupuk sikap positif dalam komuniti belia terhadap amalan aktiviti fizikal.
- Membina kemahiran, keyakinan diri dan menggalakkan komuniti belia melakukan aktiviti fizikal.
- Menggalakkan komuniti belia membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin kehidupan seharian.
Kumpulan Sasaran
Semua
anggota masyarakat setempat termasuk:
- Orang dewasa
- Ketua keluarga
- Kaum ibu/suri rumah
- Belia
- Remaja
- Pemimpin komuniti
- Warga emas
Aktiviti Kempen Nak Sihat
1. Regangan
- demonstrasi kaedah regangan yang sesuai sebelum memulakan sesuatu aktiviti senaman
- regangan ini perlulah menyeluruh dan mesti dijadikan satu model standard yang boleh diingati dan diamalkan di mana-mana
- Berjalan 10,000 langkah
2. Aktiviti fizikal yang melibatkan penglibatan ramai peserta
- Lompat tali
- Berbasikal
- Senamtari
- Fitball
3. Aktiviti wajib
- BMI
- Glukos dalam darah
- Tekanan darah
- Pemeriksaan mata
- Pemeriksaan gigi
- Pemeriksaan oleh pegawai perubatan
4. Aktiviti pilihan
- Saringan kanser
- Kaunseling kesihatan
- Nasihat pemakanan
- Sesi kaunseling lain yang sesuai dengan masyarakat setempat seperti masalah kutu kepala, deworming dan masalah kulit.
- Promosi klinik Berhenti Merokok
- Promosi Klinik masalah berat badan
- Ujian tahap kecergasan
Rujukan:
1. Kempen Nak Sihat pada pautan https://www.infosihat.gov.my/index.php/projek-khas/nak-sihat
Kredit:
Dinie Hazmi Bin Mohammad Azli. (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019
No comments:
Post a Comment