Senaman-senaman fizikal
Terdapat pelbagai jenis senaman fizikal yang boleh dilakukan bagi meningkatkan tahap kesihatan diri seperti :
1.Berenang
Selama berenang,mental dan fizikal, otot dan tulang rangka badan digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain untuk meransang stamina (sistem kardiovaskular).
Berenang dapat membentuk dan menguatkan otot
Kepadatan air lebih padat 12 kali ganda daripada udara. Hal
ini menjadikan berenang mempunyai intensiti sama seperti senaman aerobik.
Seseorang yang menghabiskan program latihan intensiti renang selama 8 minggu
berturut-turut akan mengalami peningkatan otot trisep sebesar 23.8%. Berenang
dengan pantas dan mengikut ritma yang teratur akan dapat meningkatkan Ketahanan
kardio, kekuatan, dan ketahanan otot badan.
Meningkatkan kesihatan jantung
Rutin renang yang teratur dapat memperbaiki fungsi jantung.
Jantung akan dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dengan baik. Hasil kajian
dari Columbia University Medical Center mendapati bahawa aktiviti renang dapat
melawan risiko penyakit jantung koroner.
Renang membakar kalori
Berenang selama ½ jam sehari dapat membakar 200-300 kalori,
bergantung pada tahap intensiti teknik renangan. Tips bakar lemak pantas:
Lakukan latihan interval lebih banyak. Contohnya, berenang sekuat tenaga sejauh
50 m kemudian rehat 10 saat. Berenang lagi 100m rehat 10 saat dan ulang
sebanyak 3 kali.
2. Berlari
Berlari bukan sahaja satu aktiviti riadah hujung minggu malah ia menjadi sebahagian gaya hidup yang sihat dan cergas.
Menurunkan Berat
Badan
Berlari memang terbukti dapat melangsingkan badan kerana ia
adalah satu aktiviti aerobik yang cepat mebakar kalori. Tetapi, berhati-hati!
Berlari juga boleh menyebabkan anda lapar, terutamanya berlari jarak jauh dan
ia bukanlah lesen untuk anda makan semua makanan tanpa mengira masa. Aktiviti
berlari diikuti dengan pengambilan makanan yang sihat boleh membawa anda lebih
dekat kepada berat badan yang menjadi idaman.
Mengatasi masalah kemurungan
Hormon endorphin dan neurotransmitter yang dirembeskan oleh otak ketika berlari
boleh membuatkan seseorang itu merasa gembira dan secara langsungnya
mengurangkan tekanan. Aktiviti berlari juga boleh memberi motivasi dan
menghasilkan mood yang lebih baik kepada seseorang yang mudah dilanda
kemurungan.
9 Manfaat Berlari Untuk Kesihatan Anda - Jom Kita Lari pada pautan https://www.jomkitalari.com/9-manfaat-berlari-untuk-kesihatan-anda/
5 Manfaat Berenang Kepada Kesihatan pada pautan http://www.ismailahmad.com/2014/11/5-manfaat-berenang-kepada-kesihatan.html
Kredit :
Muhammad Amir Mirza Bin Md Yazid. (2019). Intitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.
No comments:
Post a Comment