5 Makanan Untuk Gaya Hidup Sihat
1. Epal
Epal adalah sumber antioksidan yang sangat baik
yang digunakan untuk memerangi radikal bebas. Radikal merosakkan fungsi yang
dihasilkan dalam tubuh yang akan menyebabkan perubahan yang tidak baik. Ia
terlibat dalam proses penuaan dan beberapa penyakit.
Kandungan
flavanol yang tinggi dalam epal boleh membantu menurunkan risiko kanser
pankreas. Malah, kulit epal juga mempunyai keupayaan menghalang aktiviti kanser
pada hati, kolon dan dada.
2. Kranberi
Buah
kranberi kaya sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan
kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Buahnya juga rendah
karbohidrat. Setengah cawan kranberi dikatakan hanya mempunyai 4 gram karbohidrat
dan 2 gram serat di mana (1/3)
daripadanya adalah serat larut. Buah kranberi juga adalah sumber kalsium,
magnesium, kalium dan fosforus serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2
riboflavin dan vitamin B2 niasin kompleks.
Radikal
bebas merosakkan kolagen dalam kulit dan kemudian menyebabkan kulit wajah berkedut,
hilang kelenturan, kusam serta menjadi kemerah-merahan. Buah kranberi
mengandungi nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen atau ORAC yang
amat tinggi. Pengambilan kranberi dikatakan mampu merangsang kulit lebih cerah
dan nampak lebih muda.
3. Brokoli
Brokoli
mengandungi glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit
akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat
membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang
sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses
detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat
proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. Avocado
Avokado
mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap
homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko
penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak
monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
Terdapat banyak makanan yang sihat untuk dimakan dan mudah untuk disediakan terutamanya untuk meraka yang sering sibuk dan perlu menyediakan makanan dengan cepat. Makanan-makanan tersebut dapat mudah disediakan dan dapat memberi pelbagai khasiat yang diperlukan tubuh badan.
Rujukan :
10 Makanan Untuk Gaya Hidup Sihat pada pautan https://blog.policystreet.com/10-makanan-sihat-untuk-gaya-hidup-sihat/
Kredit :
Rujukan :
10 Makanan Untuk Gaya Hidup Sihat pada pautan https://blog.policystreet.com/10-makanan-sihat-untuk-gaya-hidup-sihat/
Kredit :
Muhammad
Amir Mirza Bin Md Yazid. (2019). Intitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Bahasa Melayu
(A), Ambilan Jun 2019.
No comments:
Post a Comment