Monday, September 23, 2019

Program Kesihatan di Malaysia 2: Program Kesihatan Menarik

Program Kesihatan Yang Menarik di Malaysia


1. Larian Hari Sukan Negara (HSN) 2019

Larian Hari Sukan Negara ini merupakan larian yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang dipanggil MOVE Malaysia dengan kerjasama badan-badan swasta yang lain seperti PROTON dan NEW BALANCE



Ia akan berlangsung pada 13 Oktober 2019 di Anjung Floria yang terletak di Putrajaya.

Larian tersebut dipecahkan kepada 3 kategori iaitu 5KM, 10KM, dan 21KM. setiap daripada kategori tersebut menyediakan pelbagai hadiah dan kelengkapan yang terbaik sepanjang program tersebut berlangsung.


2. IRONMAN Malaysia 2019

Program IRONMAN Malaysia ini merupakan sebuah program yang berkonsepkan Triathlon.
Ia juga merupakan sebuah program antrabangsa yang akan dianjurkan di Langkawi, Kedah pada 26 Oktober 2019.

Dalam program ini juga, 50 peserta awal yang dapat menghabiskan Triathlon sejauh 70.3 KM akan dipilih untuk bersaing ke peringkat dunia yang berlangsung di Hawaii.


Berikut merupakan poster IRONMAN Malaysia 2019 dan pendaftaran telah di buka sebelum 26 Oktober 2019, untuk mendaftar Klik disini


3. 1 Murid 1 Sukan



1Murid 1Sukan merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia untuk murid-murid di sekolah seluruh negara.

Program ini bertujuan untuk melibatkan murid dengan sekurang-kurangnya 1 jenis sukan di sekolah supaya produktiviti murid serta kecergasan murid di sekolah dapat ditingkatkan yang juga bertujuan untuk mengelakkan gaya hidup tidak sihat dikalaangan pelajar.

ia telahpun dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia sejak dari tahun 2011 lagi.


4. The Running Diva Malaysia Colour Run 2019

Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu NM Galaxy SDN BHD. program ini akan dilangsungkan di Sime Darby Nilai Impian pada
 3 November 2019.

Larian ini melibatkan empat kategori dengan larian sejauh 5KM bagi setiap kategori. Program ini juga menyediakan pelbagai Hadiah serta Pingat untuk para peserta yang menghabiskan larian tersebut.



Anda boleh mendaftar dalam The Running Diva Malysia Colour Run dengan Klik disini



Rujukan

HSN21KM. (2019). daripada http://hsn21km.com/
IRONMAN Malaysia. (2019). daripada https://ap.ironman.com/triathlon/events/asiapac/ironman/malaysia.aspx#axzz60DT0LI7j
Maksud 1M1S | Apa itu Dasar 1 Murid 1 Sukan. (2019). daripada https://www.sistemguruonline.my/2014/10/maksud-1m1s-apa-itu-dasar-1-murid-1.html
The Running Diva Malaysia Color Run (Nilai Impian) 2019. (2019). daripada https://www.racexasia.com/event/the-running-diva-malaysia-color-run-nilai-impian-2019/

Kredit: 
Muhamad Alif Naqiudin Bin Nazli. (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019

Sunday, September 22, 2019

Pengenalan: Gaya Hidup Sihat



PENGENALAN

  • Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai amalan tabiat hidup yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan.
  • Ia merupakan satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas.
  • Satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga, masyarakat dan juga negara.
  • Contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu seperti penyakit, tekanan, emosi dan sebagainya.

Image result for jogging gif

Definisi dan Konsep Gaya Hidup Sihat :

Secara umumnya, Gaya Hidup Sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres, dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.

Image result for Persatuan Kesihatan Sedunia

Manakala menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO,1946)  pula mentakrifkan perkataan sihat dan kesihatan sebagai:

“Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif ”.


Menurut kajian Lyons dan Langille (2001):

Konsep gaya hidup sihat dikategorikan sebagai “satu kehidupan yang seimbang di mana seseorang membuat satu pilihan dengan bijak. Walau bagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor. Mereka juga menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu kehidupan”.

Rujukan:
1. Gaya Hidup Sihat, pada pautan http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/gaya-hidup-sihat.html

Kredit:
Dinie Hazmi Bin Mohammad Azli. (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019

Amalan Gaya Hidup Sihat: Piramid Aktiviti Fizikal

Image result for piramid aktiviti fizikal gif


Masyarakat Malaysia sudah semestinya menginginkan kesihatan yang terbaik dan terjamin terhadap diri dan orang sekelilingnya.  Setiap detik rutin harian masyarakat Malaysia perlu diisi dengan segala aktiviti yang mendorong mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Namun tidak semua aktiviti itu perlu dijalankan setiap hari kerana sesetengah aktiviti yang dilakukan itu mempunyai had untuk dilaksanakan.


Related image

Hari ini blog ini akan menampilkan bagaimana untuk menjalani rutin harian dengan mengamalkan
Piramid Aktiviti Fizikal 

Aktiviti Fizikal Harian: Aras 1
  • Dilakukan sebanyak mungkin setiap hari
  • Intensisti sederhana
  • Contoh aktiviti: 
  1. Naik turun tangga 
  2. Berjalan ke pejabat 
  3. Berkebun
  4. Mengemas rumah
  5. Memakir kereta dengan jarak jauh
Aktiviti Fizikal Harian: Aras 2
  • Aktiviti aktif
  • Dilakukan 5-6 kali seminggu
  • Intensiti rendah hingga tinggi
  • Masa diperuntukan selama 30 minit dan ke atas
  • Contoh aktiviti:
  1. Aktiviti aerobik 
  2. Sukan rekreasi
  3. Tenis
  4. Sepak takraw
  5. Mendaki bukit atau gunung
Aktiviti Fizikal Harian: Aras 3
  • Aktiviti yang menambahkan fleksibiliti, kekuatan otot dan daya tahan
  • Dilakukan 2-3 kali seminggu
  • Contoh aktiviti:
  1. Tekan tubi
  2. Senaman regangan badan
  3. Angkat berat
  4. Yoga
  5. Ringkuk tubi
Aktiviti Fizikal Harian: Aras 4
  • Aktiviti rehat dan tidak aktif
  • Tidak kerap dilakukan 
  • Contoh aktiviti:
  1. Menonton televisyen
  2. Bermain komputer

Ayuh bersama kami mengamalkan amalan gaya hidup sihat berpandukan piramid aktiviti fizikal. Untuk pengetahuan yang lebih lanjut, anda boleh melihat perkongsian video daripada Youtube di bawah ini. 




SELAMAT MENCUBA!


Rujukan:
1. Senaman dan Aktiviti Fizikal pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=nH6vKo0gYTY

Kredit:

Dinie Hazmi Bin Mohammad Azli. (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019






Amalan Gaya Hidup Sihat: Aktiviti-akitivti Fizikal

Senaman-senaman fizikal 

Terdapat pelbagai jenis senaman fizikal yang boleh dilakukan bagi meningkatkan tahap kesihatan diri seperti :

1.Berenang 

Image result for swimming

Selama berenang,mental dan fizikal, otot dan tulang rangka badan digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain untuk meransang stamina (sistem kardiovaskular).

Berenang dapat membentuk dan menguatkan otot


Kepadatan air lebih padat 12 kali ganda daripada udara. Hal ini menjadikan berenang mempunyai intensiti sama seperti senaman aerobik. Seseorang yang menghabiskan program latihan intensiti renang selama 8 minggu berturut-turut akan mengalami peningkatan otot trisep sebesar 23.8%. Berenang dengan pantas dan mengikut ritma yang teratur akan dapat meningkatkan Ketahanan kardio, kekuatan, dan ketahanan otot badan.

Meningkatkan kesihatan jantung


Rutin renang yang teratur dapat memperbaiki fungsi jantung. Jantung akan dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dengan baik. Hasil kajian dari Columbia University Medical Center mendapati bahawa aktiviti renang dapat melawan risiko penyakit jantung koroner.

Renang membakar kalori

Berenang selama ½ jam sehari dapat membakar 200-300 kalori, bergantung pada tahap intensiti teknik renangan. Tips bakar lemak pantas: Lakukan latihan interval lebih banyak. Contohnya, berenang sekuat tenaga sejauh 50 m kemudian rehat 10 saat. Berenang lagi 100m rehat 10 saat dan ulang sebanyak 3 kali.

2. Berlari

Image result for jogging

Berlari bukan sahaja satu aktiviti riadah hujung minggu malah ia menjadi sebahagian gaya hidup yang sihat dan cergas.

Menurunkan Berat Badan

Image result for turun berat badan

Berlari memang terbukti dapat melangsingkan badan kerana ia adalah satu aktiviti aerobik yang cepat mebakar kalori. Tetapi, berhati-hati! Berlari juga boleh menyebabkan anda lapar, terutamanya berlari jarak jauh dan ia bukanlah lesen untuk anda makan semua makanan tanpa mengira masa. Aktiviti berlari diikuti dengan pengambilan makanan yang sihat boleh membawa anda lebih dekat kepada berat badan yang menjadi idaman.

Mengatasi masalah kemurungan

Image result for kemurungan


Hormon endorphin dan neurotransmitter yang dirembeskan oleh otak ketika berlari boleh membuatkan seseorang itu merasa gembira dan secara langsungnya mengurangkan tekanan. Aktiviti berlari juga boleh memberi motivasi dan menghasilkan mood yang lebih baik kepada seseorang yang mudah dilanda kemurungan.

Rujukan :

9 Manfaat Berlari Untuk Kesihatan Anda - Jom Kita Lari pada pautan https://www.jomkitalari.com/9-manfaat-berlari-untuk-kesihatan-anda/

5 Manfaat Berenang Kepada Kesihatan pada pautan http://www.ismailahmad.com/2014/11/5-manfaat-berenang-kepada-kesihatan.html

Kredit :

Muhammad Amir Mirza Bin Md Yazid. (2019). Intitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.

Lokasi Riadah Menarik di Malaysia

 Lokasi Yang Menarik Untuk Aktiviti Fizikal


1. Taman Tasik Titiwangsa




Taman Tasik Titiwangsa terletak di Jalan Kuantan iaitu di bahagian Timit Laut Kuala Lumpur. Ia merupakan antara taman rekreasi yang amat popular bagi aktiviti riadah di kalangan warga bandar di Kuala Lumpur.

Taman Tasik Titiwangsa ini juga merangkumi keluasan seluas 97 Hektar dan 57 Hektar daripadanya adalah keluasan Tasik Titiwangsa. Taman Tasik Titiwangsa juga menyediakan kelengakapan riadah yang lain seperti Padang Bola Sepak, Trek Berbasikal, Pusat Akuatik, dan banyak lagi! 

Anda bole navigasi untuk ke Taman Tasik Titiwangsa dengan pautan https://goo.gl/maps/dvqrjXcUt1DUXRYx7



2. Taman Tasik Ampang Hilir


Taman Tasik Ampang Hilir terletak di Desa Pahlawan Kuala Lumpur, Taman tersebut merangkumi kawasan seluas 16 Hektar yang 12 Hektar daripadanya adalah kawasan tasik.

Kawasan taman tersebut merupakan kawasan riadah yang popular di kalangan warga Kuala Lumpur kerana kemudahan prasarana yang lengkap seperti Dewan Serbaguna, Taman Permainan Kanak-kanak, Tandas Awam dan banyak lagi!

Klik Pautan untuk Navigasi ke Taman Tasik Ampang Hilir

3. Taman Botani Perdana



Taman Botani Perdana terletak berdekatan dengan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Taman Tasik Perdana tersebut berkeluasan sekitar 92 Hektar yang amat sesuai untuk aktiviti riadah seharian.

Ia juga berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Planetarium Negara, Tugu Negara dan banyak lagi! 

Kawasan yang penuh dengan pohon-pohon hijau ini boleh dikunjungi di Taman Botani Perdana


4. Taman Tasik Datuk Keramat


Taman Tasik Datuk Keramat terletak di kawasan Datuk Keramat di Kuala Lumpur. Ia juga menjadi tumpuan bagi penduduk di sekitar kawasan Wangsa Maju untuk melakukan aktiviti riadah.

Taman Tasik Datuk Keramat berkeluasan seluas 14.86 Hektar. Ia menjadi destinasi utama bagi aktiviti "jogging" tidak kira di waktu pagi atau petang.

Habiskan waktu Riadah anda di Taman Tasik Datuk Keramat


Di sini saya sertakan rujukan

Larian 40 Taman #20: Taman Tasik Ampang Hilir. (2012). Diperoleh 22 September 2019, daripada http://larian40taman.blogspot.com/2012/06/larian-20-taman-tasik-ampang-hilir.html

Official Portal Visit Kuala Lumpur. (2019). Diperoleh 22 September 2019, Daripada http://www.visitkl.gov.my/visitklv2/index.php?r=column/cthree&id=61&place_id=907
Taman Botani Perdana | Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. (2019). Diperoleh 22 September 2019, daripada http://www.malaysia.travel/ms-my/bn/places/states-of-malaysia/kuala-lumpur/perdana-botanical-gardens

Kredit: 

Muhamad Alif Naqiudin Bin Nazli. (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019

Amalan Gaya Hidup Sihat: Kesan Mengabaikan Piramid Aktiviti Fizikal

Kesan Mengabaikan Piramid Aktiviti Fizikal


Seperti yang semua sedia maklum, kesihatan fizikal amatlah penting bagi seseorang untuk menjalani kehidupan yang baik. Fizikal diri merupakan sebuah tiket bagi kita untukkita hidup selesa tanpa kita terpaksa untuk memikirkan kesihatan kita apabila melakukan apa jua urusan sekali pun.

Jika tidak mengamalkan aktiviti fizikal atau gaya hidup sihat yang betul. ia aka memberi kesan kepada kita dalam tiga aspek iaitu Kesihatan, Mental Diri, dan juga Fizikal Diri.



1. Kesihatan

Apabila diri tidak mengamalkan piramid aktivti fizikal secara berterusan ia akan menyebabkan tahap kesihatan diri semakin menurun. Ini kerana, tahap kesihatan diri perlu sentiasa dilatih dari semasa ke semasa dengan kerap.

Jika ia diabaikan tanpa sebarang langkah untuk mengembalikan semula tahap kesihatan diri, kita akan terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti Lemah JantungSakit Buah Pinggang dan banyak lagi.

Tahap kesihatan mestilah dipantau setiap hari tanpa rehat kerana ia akan menentukan nilai hidup pada masa kan datang. Jika apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.


Lemah Jantung



Sakit Buah Pinggang



2. Mental Diri

Mental bukanlah perkara biasa yang boleh dipandang enteng begitu sahaja. Kesan tidak mengamalkan piramid aktivit makanan boleh menyebabkan kesihatan mental diri terjejas.


Ini kerana, kesihatan mental diri juga dipengaruhi oleh gaya hidup diri sama ada ke arah yang lebih positif ataupun sebaliknya.


Mental diri yang tidak sihat boleh membawa kepada penyakit mental seperti DepresiStres dan banyak lagi.








3. Fizikal Diri


Piramid aktiviti fizikal ini amat beguna untuk seseorang mendapatkan kesihatan fzikal yang baik. Piramid aktiviti ini melatih diri dengan pelbagai jenis aktiviti yang sesuai dengan kehendak diri seseorang.

Aspek fizikal akan mempengaruhi aktiviti seseorang untuk membuat kerja seharian. Antara penyakit yang boleh membawa kepada kemorosotan dalam aspek fizikal diri ialah Obesiti






Rujukan

Kegemukan (Obesiti) - PORTAL MyHEALTH. (2014). daripada http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/
Punca, Tanda & Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang. (2015). daripada http://alibukansetan.blogspot.com/2015/02/punca-tanda-cara-mencegah-penyakit-buah.html
https://www.youtube.com/watch?v=6xugaM6e5
https://www.youtube.com/watch?v=OoEE5hQDQGE

Kredit: 

Muhamad Alif Naqiudin Bin Nazli. (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019

Amalan Gaya Hidup Sihat: Piramid Makanan


Apa itu PIRAMID MAKANAN? 
Jika di sekolah, guru-guru kita banyak menekankan soal kesihatan badan kita dan frasa Piramid Makanan itu sudah melekat di minda kita supaya diamalkan dengan sepenuhnya. Namun masalah kita sebagai masyarakat Malaysia kurang tahu dan mungkin tidak tahu cara mengamalkan pemakanan yang sihat melalui Piramid Makanan. Jadi, mari kita pelajari apa itu Piramid Makanan agar kita dapat kongsikan kepada rakan-rakan kita.

Related image
Piramid Makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada 4 aras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia.


ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

 Image result for makanan karbohidrat
  • Mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama
  • Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein.
  • Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak.
  • Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.



ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

 Image result for healthy food gif
  • Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. 
  • Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.



ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Image result for makanan berprotein

  • Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.
  • Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam.
  • Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
  • Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah
  • Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid.
  • Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.



ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula

Image result for makanan lemak, minyak gula

  •  Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
  • Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan
MARI KITA MENGAMALKAN BERSAMA!


Rujukan:
1. Piramid Makanan pada pautan https://norhidayahothman.wordpress.com/piramid-makanan/

Kredit:
Dinie Hazmi Bin Mohammad Azli. (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019