Sunday, September 22, 2019

Program Kesihatan di Malaysia 1: Program Berjalan 10,000 Langkah

Program Berjalan 10,000 Langkah



1. Program 10,000 langkah di Raub, Pahang

Program 10,000 langkah ini telah diadakan di Daerah Raub, Pahang denagn kelolaan Majlis Daerah Raub.program tersebut disertai oleh penduduk di sekitar daerah Raub dan juga anggota Majlis Daerah Raub seramai 150 orang.

Program ini telah dijalankan dengan tujuan untuk menyemai tabiat suka bersenam di kalangan masyrakat dan juga ahli PBT di kawasan tersebut sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Gambar di atas merupakan foto bersama ketika program berlangsung.

Aktiviti senaman ini telah dijalankan bermula dari Perkarangan Pejabat Majlis Daerah Raub sehingga ke Taman Tasik Raub yang jaraknya telah mencecah sejauh 3.5 kilometer




2. Program Wakafians Walk 2018

Program Wakafians Walk 2018 ini telah dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Baru di Tumpat, Kelantan. Program ini telah diadakan secara santai dan telah meibatkan jarak sejauh 3.4 Kilometer yang dalamnya mempunyai tiga tempat perhentian.

Walaubagaimanapun, Program yang ringkas ini telah melibatkan hampir 1,500 peserta yang terdiri daripada warga sekolah tersebut.

Sebahagian peserta yang menyertai program tersebut.

BUkan itu sahaja, program tersebut juga telag memasukkan elemen pembacaan dalam larian dengan meminta peserta untuk membaca beberapa info tambahan tentang pemakanan dan juga gaya hidup sihat.

Tujuannya adalah untuk mengalakkan gaya hidup sihat dikalangan warga sekolah serta meningkatkan kecergasan mereka yang akan membantu dalam pelajaran.



3. Program 10,000 langkah MBPJ


Program ini telah diadakan pada 6 April. Larian ini telah dianjurkan untuk menyokong Program 3W (Wellness, Wellfare, Women)

Program ini telah menyediakan Hadiah kepada 500 peserta awal yang menghabiskan larian tersebut.



4. Program Coral Sihat.

Program Coral Sihat ini telah diadakan di Taman Coral Height, Seremban. Program yang dianjurkan ini telah menyasarkan 10,000 langkah berjalan di sekitar Taman Coral Height.

Ia telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji. Zazali bin Salehudin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban



Sebahagian peserta Program Coral Sihat.



Rujukan

1,500 guru, pelajar sertai acara jalan 10,000 langkah. (2019).  daripada https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/07/454061/1500-guru-pelajar-sertai-acara-jalan-10000-langkah
Ahmad, H. (2019). Program 10,000 Langkah. daripada https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/program-10-000-langkah-1.745502
Program Coral Sihat 2018 Berjalan 10,000 Langkah di Taman Coral Height. (2019). daripada http://www.mpsns.gov.my/ms/mps/pusat-media/berita/program-coral-sihat-2018-berjalan-10000-langkah-di-taman-coral-height
Yahya, R. (2019). MBPJ anjur program 10,000 langkah. daripada https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/mbpj-anjur-program-10-000-langkah-1.863280

Kredit: 
Muhamad Alif Naqiudin Bin Nazli. (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019


No comments:

Post a Comment