Sunday, September 22, 2019

Amalan Gaya Hidup Sihat: Piramid Makanan


Apa itu PIRAMID MAKANAN? 
Jika di sekolah, guru-guru kita banyak menekankan soal kesihatan badan kita dan frasa Piramid Makanan itu sudah melekat di minda kita supaya diamalkan dengan sepenuhnya. Namun masalah kita sebagai masyarakat Malaysia kurang tahu dan mungkin tidak tahu cara mengamalkan pemakanan yang sihat melalui Piramid Makanan. Jadi, mari kita pelajari apa itu Piramid Makanan agar kita dapat kongsikan kepada rakan-rakan kita.

Related image
Piramid Makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada 4 aras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia.


ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

 Image result for makanan karbohidrat
  • Mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama
  • Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein.
  • Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak.
  • Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.



ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

 Image result for healthy food gif
  • Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. 
  • Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.



ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Image result for makanan berprotein

  • Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.
  • Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam.
  • Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
  • Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah
  • Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid.
  • Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.



ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula

Image result for makanan lemak, minyak gula

  •  Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
  • Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan
MARI KITA MENGAMALKAN BERSAMA!


Rujukan:
1. Piramid Makanan pada pautan https://norhidayahothman.wordpress.com/piramid-makanan/

Kredit:
Dinie Hazmi Bin Mohammad Azli. (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019

No comments:

Post a Comment