Sunday, September 22, 2019

Amalan Gaya Hidup Sihat: Makanan yang Kurang Berkhasiat

3 Makanan Tidak Berkhasiat Yang Harus Dielakkan

Image result for makanan dan minuman yang tidak berkhasiat

Makanan yang diambil mempengaruhi bukan sahaja fizikal seorang individu, malah turut memberi kesan terhadap mental. Kita perlu mengetahui makanan-makanan yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan dan memberi risiko memperoleh pelbagai jenis penyakit. 

1. Alkohol

Image result for alkohol

Merosakkan Jantung

Pengambilan alkohol secara berlebihan dapat melemahkan otot jantung dan mengganggu aliran darah ke seluruh tubuh. Alkohol mengakibatkan masalah kardiomiopati yang bermula dengan sesak nafas, degupan jantung yang tidak teratur (aritmia), lelah, dan batuk yang berterusan. Alkohol juga dapat meningkatkan risiko serangan jantung, stroke, dan hipertensi.

Merosakkan Otak

Alkohol mampu merosakkan otak dengan melambatkan penyaluran informasi antara saraf. Kandungan etanol di dalam alkohol juga dapat menyebabkan kerosakkan spesifik pada otak. Akibatnya, individu akan sering mengalami masalah seperti perubahan sikap, berasa cemas, dan hilang ingatan. Individu yang terlalu bergantung  dengan alkohol juga akan mengalami berbagai komplikasi masalah otak seperti halusinasi


2. Burger

Related image

Merosakkan Kesihatan Jantung


Burger mengandungi lemak dan kolesterol tinggi. Makan makanan yang tinggi dalam kolesterol dan lemak tepu dapat meningkatkan kadar kolesterol dalam darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Satu double beef burger dengan mayonis mengandungi 22 gram lemak tepu, atau 108% daripada nilai harian, dan 172 miligram kolesterol, atau 57% daripada nilai harian berdasarkan jumlah 2,000 kalori.

Tekanan Darah Tinggi

Orang dewasa yang sihat perlu mengambil tidak lebih daripada 2,300 miligram natrium setiap hari. Sementara itu, burger dengan mayonis sebenarnya mengandung 1,081 miligram natrium, sementara hanya 258 miligram natrium untuk burger kecil tanpa mayonis. Tahap natrium dan sodium yang tinggi akan menyebabkan tekanan darah meningkat sehingga menyebabkan risiko strok.

3. Mee Segera

Image result for mee segera


Risiko Menghadapi Kanser: Terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil “Styrofoam”. Ia merupakan punca menghidapi kanser.


Keguguran: Wanita mengandung yang makan mee segera semasa kehamilan boleh menjadi punca keguguran. Hal ini kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan janin.

Sodium: Mee segera mempunyai kandungan penuh dengan jumlah yang tinggi natrium. Penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang.

MSG: Monosodium Glutamat digunakan untuk meningkatkan rasa mee segera.  Jika orang yang alah kepada MSG makan mee segera , mereka akan mengalami sakit kepala dan pening kepala.

Propylene Glycol: Bahan dalam mee segera dipanggil “Glikol Propylene” yang mempunyai anti-beku. Bahan ini digunakan kerana ia menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan. Ia melemahkan sistem imun badan kita. Ia mudah diserap oleh badan dan ia berkumpul di dalam buah pinggang, jantung dan hati. Ia menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu.


Rujukan :


Bahaya Alkohol Pada Tubuh Badan pada pautan https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/bahaya-alkohol-pada-tubuh/


Efek Terlalu Banyak Makan Burger pada pautan https://glitzmedia.co/post/wellness/health-body/efek-terlalu-banyak-makan-burger

10 sebab harus kurangkan makan mee segera pada pautan https://hafizamri.com/10-sebab-harus-kurangkan-makan-mee-segera/

Kredit :

Muhammad Amir Mirza Bin Md Yazid. (2019). Intitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.

No comments:

Post a Comment